Tuesday 23 September 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA ( CAMEROON HIGHLAND, PAHANG)

Assalamualaikum semua.

lama tak update blog, entri kali ini ita nak share sikit masa ita bercuti ke Cameron Highland haritu.
Asal nya ita cume nak pergi majlis kawen kawan ita 13hb september 2014 kat Rawang, kawan baik dari zaman Diploma sampai Ijazah.




Ni gambar kawen nye.. dapat juga jumpa kawan-kawan lama, liza dan juga mimi.ada ramai yg datang majlis.baju purple atas dukung ita tu, anak sedara ita..anak sulung Kak Long ita, umur baru 2 tahun tapi mulut sangat petah bercakap.. cerdik dan manja.duk usung dia sehari terus melekat tak nak berpisah.

lepas balik dari kenduri kawen ita ke Kajang pula rumah kak ipar ita. lepas tu bermula pengembaraan ke Cameron highland. ini 1st time kesana, memang tak pernah lagi ke sana.

kitorang bertolak kesana 16 SEPTEMBER sampai 17hb, plan asal taknak stay pon kat sana. tapi kesian ke kak ipar yang bawak anak dia 2 orang, letih.. jadi stay jugak sana.



ha, ni tempat yang agak femes ler kat cameron.. sebab kita memang akan jumpa tempat ni dulu sebelum sampai kat atas. ramai yg berhenti kat sini dulu, tapi Alhamdulillah kami sampai awal orag tak ramai lagi. jadi tak ler bersesak-sesak sangat. nama tempat ni tak ingat dah, ingat LAVENDER je..hehe, sekali masuk RM5, kanak-kanak bawah 3 tahun FREE je masuk.

kami ber 4 dan 2 kanak-kanak....dalam dia memang cantik, penuh dengan bunga-bunga. strawberi pon ada, nak self pick up pon boleh. 2 orang 100 gram RM 10..

tapi , kami tak pick up pon, tengok buah tak banyak sangat.



ha, ni la kak ipar ita.. mummy kepada 2 orang puteri yang comel.. tapi awet muda je kan..sebab amalkan shaklee ni.. nampak tak bunga kat belakang tu, warna purple, feveret kaler ita... teruja tengok kebesaran ALLAH.


kami berenam termasuk 2 budak kecik 2 orang tu,


haa, ni bilik yang kami sewa kat EIGHT MENTIGI GUESTHOUSE...murah dan puas hati, ni bilik kami berdua ada katil queen dengan katil 2 tingkat. RM 80 semalaman, bilik kak ipar pula 2 katil queen. kami 2 bilik ni berkongsi bilik air dengan tandas..bilik kak ipar pula RM90..

ada kipas, sejuk dah tak payah guna air cond.. pemanas air tak berfungsi, pagi2 mandi macam mandi ais je rasa..tapi tetap mandi, nak rasa air sejuk tu.


ni sofa untuk duduk-duduk, sebelah tu ada meja makan.dalam rumah ni ada beberapa bilik, ramai mat salleh yang stay sini.


ni pintu depan guesthouse, ada tempat hisap rokok dan juga ruang menonton situ..


lepas check in, kami semua jenjalan kat pasar malam.. merriah ler pasar malam nye, banyak bunga , anak-anak pokok yang di jual. strawberi pon ada, lepas tu beli nasi bungkus balik makan. kat pasar malam ni macam - macam ad jual, harga berpatutan jugak la.


17 hb dah, siap-siap check out lepas tu jalan-jalan kawasan sekitar, singgah sekejap kat ladang teh.. tak turun bawah pon.. tinggi sangat tangga nya, OSTEMATRIX SHAKLEE tak bawak, takot nanti krem kaki.. hehehe

lepas tu, berhenti jugak beli cenderehati.. suami beli pokok strawberi, ros, lada, kaktus pelbagai koleksi ada.. ita beli magnet, bantal strawberi dan tea pon beli jgk. boleh tahan strawberi tea rm9.50 sekotak.

sekian.. next entri nak cerita pula , masa jenjalan kat singapore..

No comments:

Post a Comment