Tuesday 4 October 2016

MAKANAN UNTUK PCOS.

Assalamualaikum.

Hari ini 3 oktober 2016, setelah 2 tahun blog ini di tinggalkan bersarang. Ita kembali dengan entri terbaru, semangat baru, ilmu baru berkaitan PCOS.

Perjalanan TTCians + PCOS sesungguhnya banyak liku-liku yang mereka sendiri lalui. Ita salah seorang dari mereka yang menghidap PCOS ni. Usia perkahwinan mencecah 4 tahun, rumah masih lagi sunyi tanpa suara anak kecil. Kadang-kadang terasa betapa sunyinya hidup ni, tanpa kehadiran si comel dalam rumah yang mungkin akan lebih menceriakan lagi rumah kami. Di tambah pula dengan jarak yang jauh dengan keluarga, terkadang air mata ni mengalir sendiri terasa seolah-olah sendirian di tempat yang asing. Di tambah lagi dengan kehadiran anak sedara baru yang sekarang dah mencecah 6 orang ke semuanya. Terdetik di hati kecil ini, betapa mudahnya Allah kurniakan anak kepada orang lain, tapi tidak aku. Langsung tak pernah merasai walau sekali rasa untuk mengandung, beranak dan berpantang.

Itu lah perasaan sedih bila terlalu dilayan, perasaan macam ni kadang-kadang singgah di hati kecil ni. Tetapi perjuangan mesti di teruskan, selama 2 tahun ni pernah je rasa hati untuk biarkan tanpa usaha dan juga sebenarnya sudah pon kami usahakan pelbagai cara sebenarnya.

Di antara usaha yang kami buat untuk masalah atasi dan rawat PCOS ni, kami telah pergi mengurut dengan entah berapa bidan. Betulkan rahim, urut badan aje pon ada, urut secara batin pon ada. Ini antara yang tradisional nye.

Perubatan moden pula, setakat ni beberapa pakar  OnG telah kami jumpa dan cerita mengenai masalah kami ni. Hospital kerajaan dan juga swasta, masih belom ada penyelesaiannya. Beribu duit habis untuk semua ni, Apa sahaja yang viral di Facebook, kalau boleh semua nak di cuba. Kebanyakan doktor yang kami jumpa, hanya 2 orang doktor yang bagi penjelasan yang agak terperinci tentang PCOS ni. Doktor-doktor lain hanya bari jalan penyelesaian cumalah bagi ubat hormon untuk turunkan darah (SONULUT dan seangkatan dengannya).

Sesungguhnya PCOS ini tiada siapa yang ada penawarnya sehingga sekarang, mungkin masih dalam kajian sehingga kini sebab tu tiada jalan penyelesaian yang tepat.

kesimpulan yang ita bagi itu semua berdasarkan pengalaman ita berjumpa dengan doktor-doktor setakat inilah. Pengalaman ita jumpa pakar di hospital kerajaan, sia-sia walaupon hanya bayar RM5.00 setiap kali temu janji, tiada juga penyelesian yang ita dapat. Setiap kali temujanji akan di pertemukan dengan doktor yang berbeza. Setiap doktor datang dengan kesimpulan dan cadangan yang berbeza-beza. Akhirnya ita pilih untuk berhenti dari jumpa doktor kerajaan, kerana masa temujanji yang sangat lama dan tiada penyelesaian juga, tiada nasihat dari doktor apa yang perlu dielakkan makan, apa yang perlu di makan untuk simptom macam ita ni.

Akhirnye, doktor pakar yang terakhir kami jumpa setakat ini memberi pelbagai nasihat yang  agak berbaloi dengan bayaranya yang memcecah rm800 berserta dengan suppliment.

PERINGATAN KEPADA PCOS

Tips ini, ita dapat dari pakar OnG yang ita jumpa sebelum ni.

Tersangat penting benda ni, ELAKKAN MAKAN AYAM (ayam kampung atau organik boleh), ayam sekarang ni memang di cucuk dengan hormon bagi cepat besar. Ayam-ayam ini semua di cucuk dengan satu hormon untuk besarkan dia. Antara salah satu sebabnye jadi gangguan hormon pada tubuh badan kita, jangan persoalkan orang lain yang makan ayam berpuluh ekor tetap boleh mengandung beranak tu semua. Setiap badan manusia ni tak sama, berbeza-beza cara penerimaan nya. Oleh sebab itu sila pantang makan ayam ye, untuk kesihatan diri. Kesannya tidaklah kita nampak dalam masa beberapa hari, kenalah bersabar untuk nampak kesan dia. Elakkan ambil ubat turun darah lagi.

Selain dari AYAM, PCOS kena elakkan makanan manis-manis, perisa tambahan, perasa tambahan tu semua termasuk juga makanan segara dan makanan ringan. Elakkan benda-benda ini semua.

MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN OLEH PCOS

1. SUSU (segala dairy produk elakkan)


2. Daging


3. Manis-manisan



Manakala, makanan yang di galakkan dan wajib di ambil oleh penghidap PCOS macam ita ni adalah seperti dalam senarai di bawah ni.

MAKANAN UNTUK PCOS 

1. Buah-buahan,
    wajib di makan ye setiap hari. Di antara buah yang dapat membantu ialah avocado.  Avocado sangat bagus dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan juga kolestrol.


2. Brokoli
Brokoli ini juga membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan ianya 'low glycemic index'


3. Green Tea
Tinggi anti oksida, silalah amalkan 3 - 4 cawan sehari.


4.  Salmon
Mengandungi omega 3 yang akan membantu kekalkan kadar hormon. Seeloknya di ambil 3 -4 kali minggu . 


5. Nasi Perang


6. Bijan
Mengandungi Vitamin b6



Alhamdulillah sedikit sebanyak ilmu yang ita dapat selama ini, dapat di curahkan dalam entri kali ni. Bila di lihat di tilik balik makanan untuk PCOS macam ita ni, betol-betol boleh tambah perbelanjaan sebulan ni. Mana taknya semua harga agak mahal, salmon sepotong harga mencecah rm30. Jadi, jika tidak mampu untuk kita makan makanan di atas, bolehlah kita amalkan makanan tambahan ini yang juga dapat membantu badan kita lebih sihat dan kembali pulih dari PCOS. 

ANTARA SUPPLIMENT YANG PATUT KITA AMBIL

1. OMEGA GUARDS SHAKLEE
Boleh gantikan ikan salmon tadi dengan omega guards shakle ni, sekurang-kurangnya dapat bertahan untuk tempoh satu hingga dua bulan. 


2. Vitalea shaklee
Boleh gantikan sayur dan buah tadi, terutama sekali jika terlalu sibuk dan sukar untuk dapatkan makanan yang berkhasiat.


3. Vitamin E
Vitamin e shaklee ni tinggi anti oksida sgt bagus untuk PCOS.


4. GLA complex

Sedikit pesanan, jangan lah mudah untuk kita berputus asa dengan segala usaha kita ini. Untuk mendapatkan badan yang lebih sihat dan keputusan yang lebih baik, amalkanlah suppliment ini secara berterusan untuk hasil yang lebih baik dan memberansangkan.

Allah S.W.T melihat segala usaha penat jerit kita ini. Maka bersabarlah dan sentiasalah bersangka baik dengan segala perancangan yang Allah aturkan untuk kita. 

Sabarlah, kerana nikmat sabar itu teramatlah indah. 

Bila terasa sedih, sayu, putus asa. Maka cepat-cepatlah berwuduk dan beristigfar. Amalkan juga zikir-zikir lazim untuk kuatkan rohani kita.

Semoga segala info yang ita kongsikan ini memberi manfaat kepada semua.

Untuk tempahan produk shaklee boleh hubungi ita di 0139145228

whatapps 0139145228SID : 1065341Norhazarita
















No comments:

Post a Comment