Wednesday 12 October 2016

PENAPIS AIR YANG TERBAIK

Assalamualaikum.


Masih mencari penapis air yang terbaik untuk rumah? Entri kali ni Ita nak kongsikan dengan semua tentang kelebihan Penapis air shaklee. Ita sendiri guna penapis air ni kat rumah ita tau dan hampir 3 tahun dah ita guna.

Penapis air shaklee ni memang tersangat mudahlah nak guna, banyak kelebihan pula tu;
Antara kelebihan penapis air ni yang nak ita highlight kan kat semua berdasarkan pengalaman ita sendiri la ye;




1. Tersangat JIMAT, sebab penapis air shaklee ni tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik. Zaman banyak nak guna duit ni kita kena bijak membuat pilihan, dalam rumah kita banyak lagi benda lain yang lebih penting untuk kita guna tenaga elektrik contoh macam peti ais yang memang tak boleh nak off, nanti habis busuk semua lauk-pauk dalam tu. Mesin basuh pon kena juga guna elektrik, lagi-lagi rumah bertingkat flat dan apartment, kalau basuh dengan tangan tak de tempat nak jemur pula nanti kan. Sebab tu kena pilih penapis air yang tidak menggunakan elektrik dan berkualiti. Dapat jimat banyak perbelanjaan bulanan.

2. Tidak perlukan technician untuk datang pasang. Lepas beli je, rendam filter 2 jam dalam air dah terus boleh tapis air dan minum air yang sedap. Bab ni sangat di titik beratkan oleh para suri rumah, biasa technician ni lelaki kalau jenis penapis air yang kena tunggu technician pasang ni memang agak susah, nak kena deal masa betul-betul tunggu encik suami ada kat rumah baru bole datang pasang. Kalau nak datang pasang malam, masa untuk rehat pula pasti menggangu dan ambil masa yang lama untuk setting kan.

3. Tak perlukan technician juga datang tukar filter. Kita sendiri je tukar filter tu tau, bukan setakat tak perlu tunggu technician datang tukar, kita juga dapat ringan kerja suami sebab tak perlu nak mintak tolong encik suami tukarkan. Senang sangat untuk kita tukar, sebabnya kecil dan ringan beserta langkah yang sangat mudah nak tukar filter tu.



4. Jenis Penapis air shaklee ni, jenis ringan dan mudah nak bawak travel. Bawak balik kampung atau bawak masa travel pon tak de masalah. Kita dapat minum air yang bersih dan berkualiti setiap hari dan dapat minum air secukupnya setiap hari.

5. Air yang sedap dari penapis air shaklee, Ita yakin korang semua mesti suka dan sentiasa nak minum air dari penapis air shaklee ni tau sebab rasa yang sedap dan langsung tiada rasa payau ataupon bau klorin. Biasa air paip ada bau klorin, kalau kita sekadar masak atau letak dalam pemanas air tu, bau klorin tak kan hilang tau. Ini memang pengalaman ita sendiri, masa filter penapis air dah habis di gunakan tak sempat Ita nak beli yang baru Ita sejukkan air dari pemanas air. Lepas minum air yang di sejukkan tekak terus rasa sakit, bukan setakat bau klorin tak hilang minum air yang tak xsedap, tapi dapat pakej sakit tekak tu.

Lepas ni korang semua tak payah susah payah dah nak angkut air minum dari pasarraya, nak bawa naik dalam rumah dah la berat kan. Lepas tu asyik putus je stok air minum. Lupa nak ita nyatakan satu lagi benda yang tersangat penting, iaitu HARGA YANG MURAH DAN BERBALOI sebab tak sampai Seribu ringgit pon. Hanya RM 4xx sahaja tau.




TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR SINCE 2013
ITA
0139145228





No comments:

Post a Comment