Tuesday 15 November 2016

MENCARI OPK POSITIF, HANYA TTCIANS YANG MERASA PERITNYA.

Assalamualaikum semua.


Di harap semua pembaca sihat sentiasa dan bahagia dengan hidup. Entri kali ni ita nak cerita tentang pengalaman ita sebagai TTCians yang berusaha mendapatkan OPK positif. 

Mesti ada juga kan yang tak tahu apa itu OPK iaitu OVULATION PREDICTOR KIt atau dalam bahasa senang nye, strip untuk uji waktu subur kita. Ita beli online aje dengan akak kat facebook upt & opk Murah 80 sen. Sekeping semuanya 80 sen je, hehe. Biasa untuk TTCians macam ita ni, kalau order opk ni ita akan order 50pcs opk + 10 upt. Bila period tak teratur ni memang kena prepare banyak-banyak terus opk, beli sikit pon sebenarnya serba salah je sebab postage nye pon dah rm8.00. hahaha


Eh, okeyla melalut jauh dah. Kat bawah ni ita nak tunjuk OPK yang ita dah buat dulu, dalam beberapa bulan. Ni je yang dapat trace, yang lain tak buat jadual. Ita peram je dalam plastik, semua opk yang ita buat ita tak buang. HAHAHA, saje buat pekasam, eh tak la... saje nak buat kenang kenangan untuk anak cucu. 


Ha, tengok opk ni. Salah satu tanda PCOS macam ini lah. Opk macam nk positif, lepas tu negatif balik. Langsung tak de yang positif pon.


Ini bulan Oktober dan September lepas, sama juga keadaan nya. Langsung tak de satu pon OPK positif. 


Betapa tak teraturnya period ita kan


Tengok lah yang ni, bulan May. sikit je dpt opk, hehe. Sedih tengok opk sendiri.


Puas dah tengok Opk ita? hehe, Dasyat kan, untuk yang biasa buat opk mesti pelik kenapa tak de satu pon yang Positif. Pcos memang susah nak dapatkan positif OPK, maknanya langsung tak de telur yang matang dan yang boleh di senyawakan dengan sperma. Ya Allah, pernah terlintas di hati ita ni. Aku ni memang langsung tak dapat nak hasilkan telur yang matang ke? Opk tak pernah positif. Semua OPK kat ats ni , masa tu ita tak amik CLOMID dah. Sebab dah 5 cycle on clomid, maksimum boleh on clomid 6 cycle je untuk seorang nanti beri kesan pada badan. Clomid ni plak ubat untuk matangkan telur, dulu masa ita on clomid pernah jugak dapat OPK yang positif tapi belum rezeki juga untuk mengandung masa tu. 

Di antara waktu tengh OPK tu, ita bukan tak cuba suppliment. Sebenarnya kalau di ikutkan banyak sangat dah suppliment yang ita guna sebelum ni dan yang paling lama ita amalkan ialah Habbatusauda sampai 20 botol ita amalkan, tanpa henti hari-hari tapi langsung tak de tanda perubahan. Ita rajin amalkan sebab ia makanan sunnah, tapi mungkin tak sesuai dengan badan ita. Sebab itu, langsung tak beri kesan pada ita. 

Okey lah, kalau nak di ceritakan pasal segala usaha samada jumpa bidan, doktor amlkan suppliment memnag banyak sangat dah la. Sekarang ita nak kongsikan dengan lebih terperinci apa yang ita amalkan dan buat untuk dapatkan OPK positif ini dan memang akhirnya dengan izin Allah, Ita berjaya dapat OPK positif untuk bulan NOVEMBER ini. Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah bagi pada ita, Ita sangat syukur dan happy sebab ita dapat juga matangkan telur secara natural. 

Perubahan untuk gaya hidup dan cara makan memang secara drastik ita buat tau, hati memang kena kuat dan kena sentiasa bercerita dengan encik suami supaya dia faham dan akan sokong apa yang kita buat serta membantu kita nanti.

Mula-mula sekali benda yang ita buat adalah makanan, ita STOP makan AYAM. Kenapa AYAM? ita pernah terangkan dalam entri sebelum ni, tapi xpe ita terangkan lagi. Mula-mula ita ingat kisah pasal ayam ni adalah cerita dongeng. hihi, lepas doktor pakar yang ita rujuk tu sendiri suruh STOP makan AYAM, maka makin kuat la lagi sebab untuk ita tak makan AYAM. AYAM bandar sekarang dorang cucuk satu HORMON untuk besarkan ayam-ayam ni. supaya ia cepat membesar dan boleh di jual dengan cepat. Memang sekarang dalam peti ais ita tak de ayam, dah berbulan tak beli ayam. Hormon yang di cucuk dalam ayam itulah yang masuk dlm badan kita dan akhirnya ganggu hormon dalam badan kita secara langsung. Kalau makan kat luar pon ita akan order lauk berasakan ikan, sotong dan udang aje.

Seterusnya ita, STOP makan FAST FOOD, junk food kadang-kadang termakan juga tapi elakkan. FAST FOOD seperti MCD, KFC, NANDOS, PIZZA dan seangkatan dengannya. Dulu ita berkeras malas nak berhenti makan benda-benda ni, ita cakap dalam hati. Orang lain makan okey je, mengandung beranak ramai-ramai. Degil kan, tak nak dengar orang cakap walaupon hakikat dah tahu. Setiap orang penerimaan badan untuk makanan yg di makan tak sama sebenarnya. 

Bila dah STOP makan semua itu, Ita start amalkan makanan yang sihat pula. SIlalah menjamu mata dengan gambar makanan ita ni. hihi


Buah-buahan, wajib di makan setiap hari. Kiwi ni orang ckp bgus utk matangkan telur. Epal tu utk pcos sgt bagus. Tu kiwi golden, mahai sikit harganya.


Ha, ni ita slow cook lemon 3 biji, bawang putih 3 labu dan halia. Slow cook dlm 3 jam aje, Orang cakap kena masak dalam 8 jam. Tak Larat nak tunggu, hihi.


Ikan Cencaru sumbat Bakar.


Salmon bakar, salmon tinggi omega 3.Bagus untuk balance kan hormon lelaki dan perempuan dlm bdn kita. Sebelahnya TIMUN JEPUN, BROKOLI. Sangt bagus untuk PCOS, lagi pahit lagi baik. hihi


Ikan Kembung Bakar, Cicah budu. Orang Cakap pcos xle makan budu, ita tutup mata je la, makan budu tu sikit je pon.


Mixfruit Juice, buah oren + Epal hijau + karot. Blend je semua sampai hancur, lepastu minum. Biasa ita buat seminggu sekali je. Kadang-kdang ita tambah kiwi.


Yang ni kiwi hijau, murah lah skit harganya. Tapi dapat yang masam, seksa juga nak telan.


Salad + tomato ceri + Timun Jepun. Ratah macam tu pon sedap sangat.


Ha, benda penting. Entri sebelum ni memang ita  share bab pemakanan ni kan. Tengok, ita dah tukar beras putih kepada beras perang. 5kilo RM 19.00, tak terlalu mahal masih mampu beli.


Pasti sentiasa bawak ke hulur hilir air masak ni, dulu ita jarang minum air masak + terlebih minum air manis. hehe


Di sebabkan bukan selalu dapat jumpa ikan salmon tu, ita amalkan OMEGA GUARD SHAKLEE ni. Senang supaya sentiasa dapat bekalan omega 3 dalam badan.



GLA complex + Alfalfa ni kadang-kadang terskip jugak makan, hihi

Itu lah antara makanan yang ita amalkan untuk dapatkan opk psotif kali ini. Satu lagi yang sangat penting ye, Ita bersenam


Nah gambar kasut je ada, hehe. Kalau tak sempat nak bersenam kat taman, Ita bersenam dalam rumah je.



Ha, inilah OPK di bulan November ni. Alhamdulillah, akhirnya bertemu dengan OPK positif. semuan pastinya dengan izin Allah .


hehe.


Niat ita nak membantu kawan-kawan yang mengalami masalah yang sama seperti yang ita hadapi. Hanya TTCians PCOS saje yg mengerti betapa sukarnya untuk dapatkan OPK yg positif. Alhamdulillah ita di kurniakan kawan-kawan yang positif dan bersama dengan ita di dalam group wassap yang ita create khas untuk yang bermasalah period. Semua dalam tu sentiasa bagi kata-kata positif dan semangat. 

Alang-alang dah memang agen shaklee kan, bila dah guna dah berjaya mesti lah nak kongsi dengan kawan-kawan yang memerlukan. 

Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang set PCOS ni, bole contact ita peronally di 0139145228 (wassap)

atau

Kalau nak join group wassap ita pon masih lagi ada kekosongan. 

TERIMA KASIH SEMUA YANG SUDI LUANGKAN MASA UNTUK BACA CORETAN ITA YANG PASTINYA BERDASARKAN PENGALAMAN ITA SENDIRI.

SEMOGA SINAR BAHAGIA AKAN TERUS BERSINAR DAN SINAR SEPANJANG MASA> AAMIIN.








1 comment: